
Cuti sudah, balik kampung sudah, raya sudah, redah jam pun sudah, lepas ni semua kembali kepada aktiviti masing-masing.
Yang pasti belum, ialah puasa 6 di bulan Syawal.
Ganjaran bagi sesiapa yang berpuasa 6 di bulan Syawal ialah seumpama dia berpuasa sepanjang tahun.
Jadi rugilah kalau kita tak rebut peluang ni.
Ok bagi memudahkan semua orang untuk berpuasa 6 di bulan Syawal ni disini kami kongsikan 4 jadual yang semua orang boleh ikut untuk lengkapkan puasa 6 korang.
Pilihan 1 : Puasa 6 hari terus
Mula puasa esok Isnin 10 Jun hingga hari Sabtu 15 Jun.
Ini pilihan terbaik, habis kan terus puasa 6 dalam masa seminggu.
Pilihan 2 : Puasa 2 hari seminggu
Bagi yang nak sekalikan dengan puasa sunat Isnin & Khamis anda boleh la buat puasa 6 mengikut tarikh dibawah:
Isnin : 10, 17 & 24 Jun
Khamis: 13, 20 & 27 Jun
Pilihan 3 : Puasa 3 hari seminggu
Boleh pilih mana-mana hari dari hari Isnin hingga Khamis
Minggu 1: 10, 11, 12 & 13 Jun
Minggu 2: 17, 18, 19, & 20 Jun
Pilih 3 hari dari setiap minggu, tapi kalau nak pilih 4 hari pun tak ada masalah, janji kita buat puasa 6.
Pilihan 4 : Puasa hujung Syawal
Buat yang nak puasa 6 pada hujung-hujung Syawal, korang kena mula puasa dari 28 Jun sampai la 3 Julai.
Ok ini hanyalah panduan yang korang boleh gunakan untuk lengkapkan puasa 6.
Kadang-kadang kita memang nak puasa cuma tak perasan hari-hari yang berlalu.
Untuk mengingatkan semua orang, follow jer page PKNS RaudhahVille. Kami akan bagi reminder berapa hari lagi untuk kita sama-sama tunaikan puasa 6 tahun ini.
Semoga kita semua mendapat manfaat dari perkongsian ini.
Sila #Share dalam group whatsapp dan dalam personal FB korang. Sila tag pasangan atau kawan-kawan korang di ruangan komen.
Jazakallah.
P/S: Siapa yang nak tahu lebih lagi tentang projek PKNS RaudhahVille ni sila tinggalkan nombor telefon anda di komen. Komuniti konsultan kami akan hubungi anda semula.
Recent Comments