PERHATIAN : Anda Yang Tengah Cari Rumah Baru Untuk Keluarga !

Akhirnya....Satu Projek Perumahan Yang Bukan Saja Ada Rumah Yang Cantik , Lokasi Yang Strategik , Kemudahan Banyak Dan Dekat , MALAH ADA JUGA KEJIRANAN YANG BAIK , Terdiri Dari Komuniti Professional ISLAMIK YANG Mahu Berjaya Di Dunia Demi Kejayaan Di Akhirat , Khas Untuk Keluarga Moden Islam Yang Mahu Tinggal Di Cyberjaya.

Kawasan Kejiranan Yang Islamik Akan Membina Suasana Yang Terbaik Untuk Anak Dan Keluarga Anda Membesar Jadi Yang Terbaik. Dunia Dan Akhirat.

Di Raudhah City , Bandar Islam Moden Pertama Di Malaysia.

PKNS RaudhahVille

Selangor CyberValley , Cyberjaya

Rumah Teres 2 & 3 Tingkat Jenis Semi-D Superlink yang berkeluasan 24x70 hingga 28x70

6 Bilik Tidur 6 Bilik Air (Camelia)

5 Bilik Tidur 5 Bilik Air (Dahlia,Begonia,Petunia)

Semua jenis rumah Bilik Air di dalam bilik.

Pusat Komuniti Islam dengan dewan
solat berkapasiti 800 jemaah & bilik kuliah

Rumah Kelab Eksklusif
( Gimnasium , kolam renang , dewan serbaguna, gelanggang badminton , Games-Room )

ADAKAH ANDA ADA MASALAH SEPERTI INI SEKARANG ?

RASA SAKIT HATI DENGAN JIRAN YANG SUSAH NAK BERTOLAK ANSUR ?

TERINGIN TINGGAL DI BANDAR YANG TERANCANG MACAM CYBERJAYA DAN PUTRAJAYA ?

NAK TINGGAL ANAK BINI DEKAT RUMAH MASA OUTSTATION TAK RASA SELAMAT DAN TENANG ?

JIRAN YANG TIDAK BERKONGSI VISI DAN IMPIAN YANG SAMA UNTUK MEMBINA ISLAMIC ENVIRONMENT ?

MOTIVASI TURUN NAIK UNTUK KEKALKAN DISIPLIN DAN MOMENTUM POSITIF ?

TANAH PERKUBURAN JAUH DARI RUMAH/ TAK TAHU DEKAT MANA ?

TIADA KAWAN YANG BENAR-BENAR POSITIF SEDANG BERUSAHA MENJADI IBUBAPA YANG TERBAIK UNTUK ANAK-ANAK ?

RUMAH MAKIN TERASA DAH TAK MUAT UNTUK SANAK SAUDARA BERKUMPUL DI HUJUNG MINGGU ?

SELALU SANGKUT DALAM JAMMED DEKAT AREA RUMAH SEBAB BANYAK SANGAT TRAFFIC LIGHTS ?

MASUK RUMAH KENA NAIK LIF , BILA BARANG BANYAK , PAYAH DAN JAUH NAK MASUK RUMAH SAMPAI ISTERI MEMBEBEL DAN ANDA SAKIT-SAKIT PINGGANG ?

RASA SEKSA NAK PARKING KERETA KEDUA SEBAB KENA PARKING JAUH DARI PINTU MASUK KONDOMINIUM ?

TIDAK RASA PERASAAN BERJEMAAH DI ANTARA JIRAN , RASA LONELY ?

NAK PERGI MASJID JAUH ?

ANAK ANDA MULA PERANGAI LAIN MACAM SEBAB PERGAULAN YANG SALAH ?

TIADA PROGRAM YANG AKTIF DI MASJID UNTUK ANDA DAN IBUBAPA ?

ANAK LELAKI PEREMPUAN YANG DAH BESAR MASIH BERKONGSI BILIK AIR ?

ATOKNENEK TERPAKSA TURUN NAIK TANGGA UNTUK DUDUK DALAM BILIK YANG SELESA ?

DUDUK DALAM TAMAN PERUMAHAN LAMA YANG TIDAK TERANCANG ?

SAIZ RUMAH SEKARANG DAH TAK CUKUP LUAS UNTUK ANAK-ANAK YANG DAH MAKIN BESAR ?

Jika YA …

KETAHUI 21 SEBAB KENAPA RAUDHAHVILLE ADALAH

PILIHAN RUMAH BARU YANG TERBAIK

UNTUK KELUARGA ANDA

Rumah Mewah Mampu Milik Yang Dicipta Khas untuk Keluarga Moden Islam

1 RUMAH 1 USTAZ

Setiap rumah akan diberikan seorang “dedicated” ustaz yang boleh anda hubungi bila-bila masa untuk sebarang persoalan berkaitan agama.

Ideanya adalah supaya anda dapat akses terus dengan pakar.

Kumpulan ustaz yang menjaga komuniti ini pula akan selalu duduk di “meja bulat” untuk inisiatif-inisiatif program dari kanak-kanak , dewasa juga yang sudah berusia emas.

DEKAT DENGAN TANAH PERKUBURAN ISLAM

Bayangkan bila mana saudara anda dijemput ilahi , tanah perkuburan mereka di sekitar kawasan tempat tinggal anda sahaja.

Tanah perkuburan yang kemas , bersih , dan dekat. Indahnya bila dapat dan mampu ziarahi tanah perkuburan atoknenek secara kerap.

Ya , di Raudhah City , kami telah sediakan satu tapak khas untuk tanah perkuburan yang dekat sahaja dengan anda.

BANDAR ISLAM MODEN PERTAMA DI MALAYSIA

Konsep pertama kali diperkenalkan semasa World Islamic Economic Forum ( WIEF ) London pada tahun 2013 , akhirnya Raudhah City Sdn Bhd berjaya berkolaborasi dengan PKNS untuk inisiatif Bandar Islam Moden di tanah seluas 534 ekar di Selagor Cyber Valley.

Ini bermaksud , segala yang dibangunkan di dalam bandar ini adalah berkonsepkan untuk berusaha menonjolkan islam yang sebenar.

Termasuk dari sudut Komuniti kejiranannya , rekaan rumahnya , sekolahnya , kemudahan-kemudahannya dan aspek penjagaan Alam Sekitar.

JIRAN YANG MEMPUNYAI VISI,MISI & NILAI-NILAI BERSAMA “ MAHU BERJAYA DI DUNIA DEMI MENCAPAI KEJAYAAN DI AKHIRAT "

Kami bukan hanya jual rumah , kami jual kejiranan.

Kami memastikan di RaudhahVille, anda dapat tinggal bersama jiran yang sama-sama mahu berusaha menjadi jiran yang terbaik , iaitu jiran yang berusaha mengamalkan sunnah Rasulullah saw.

Jiran yang mahu menjadi ibubapa terbaik untuk anak mereka.

Jiran yang mahu anak mereka menjadi berjaya dunia dan akhirat.

Bayangkan betapa indah komuniti kejiranan sebegitu.

KOD ETIKA KOMUNITI

Setiap jiran di RaudhahVille akan diberikan satu checklist perkara-perkara sunnah yang digalakkan untuk dilakukan sebagai satu komuniti.

Merangkumi seperti bersangka baik dengan jiran , selalu sedekahkah senyuman dan tegur jiran dengan memberi salam , bersalam tangan dan seumpamanya.

Komuniti yang berusaha menjadi Duta Islam dengan berusaha menjadi orang yang baik.

PUSAT KOMUNITI ISLAM MODEN

Dilengkapi dengan dewan solat yang luas berkapasiti 800 jemaah , bilik kuliah ,... , pusat ini terletak dalam kawasan kejiranan berpagar dan berpengawal , EKSKLUSIF untuk kejiranan RaudhahVille.

Di sini , akan menjadi pusat aktiviti-aktiviti komuniti , solat berjemaah , program untuk orang emas , qiamullail dan sebagainya.

Bukan hanya sekadar bangunan “hiasan” , anda akan dapat menikmati pelbagai aktiviti di sini. Pusat ini akan “hidup” dengan pelbagai program.

KEMUDAHAN YANG BANYAK & DEKAT

1. Hanya sekitar 5 minit dengan kawasan rumah kedai yang penuh dengan kemudahan seperti kedai runcit , restoran dan seumpamanya.

2. Berdekatan dengan pusat membeli-belah utama seperti:
Raudhah City Mall(2023) ( 2 Minit )
Tamarind Square ( 10 Minit )
D’Pulze Cyberjaya ( 15 minit )
IOI City Mall ( 20 Minit )
Alamanda Putrajaya ( 25 Minit )

3. Berdekatan dengan kemudahan awam seperti :
Hospital Cyberjaya . Balai Polis , Balai Bomba ,
Klinik , Stesen Minyak dan Masjid

TIADA PEMBANTU RUMAH TIADA MASALAH

Anda akan dapat menikmati servis “commercial-maid” yang kami sediakan , hanya dengan bayaran yang rendah setiap bulan, TANPA mereka perlu tinggal serumah bersama anda.

Setiap “commercial-maid” yang dipilih , telah melalui proses tapisan kami.
Jadi anda tak perlu risau akan risiko kecurian , kualiti kerja dan sebagainya.

KEJIRANAN BERPAGAR DAN BERPENGAWAL

Selamat dan Tenang. Kini anda boleh pergi “oustation” tanpa rasa begitu risau akan keselamatan keluarga anda. Dengan kawalan keselamatan yang ala-ala “kondominium mewah” , 24 Jam 7 Hari Seminggu dan pagar tinggi yang kami sediakan , anda dan keluarga sudah boleh tidur lena.

Anak bermain-main di taman permainan pun seronok. Hampir mustahil untuk berlaku kes hilang atau keculikan. Manakan tidak , yang bermain-main pun kebanyakkannya wajah yang anda dan anak-anak kenal. Di dalam kawasan berpagar yang eksklusif khas untuk 300 penduduk RaudhahVille.

Itulah indahnya apabila tinggal dalam satu komuniti yang saling kenal-mengenal

KONSEP RUMAH YANG TERBUKA DARI RUANG TAMU HINGGA KE DAPUR

Rumah di sini direka khas untuk diduduki oleh keluarga moden islam pelbagai generasi dari kanak-kanak , dewasa sehinggalah “atoknenek”.

Rumah di sini berkonsepkan “open-space” yang sangat praktikal untuk digunakan oleh keluarga moden islam yang selalu ada orang berkumpul. Mesra Keluarga yang suka nak buat kenduri dan majlis.

Apabila buka pintu , nampak terus sehingga ke dapur.

Ini supaya , ketika waktu berkumpul , orang yang sedang duduk di dapur masih lagi
“Connected” dalam satu ruang yang sama.
Jadi tiada orang yang akan rasa terasing.

Perasaan “kebersamaan” ketika berkumpul akan terserlah.

BILIK TIDUR YANG BESAR DAN SELESA DI TINGKAT BAWAH,UNTUK ATOK NENEK ATAU TETAMU

Di tingkat bawah sekali , salah satu bilik adalah bilik yang direka khas untuk “atoknenek” duduk.

Saiz bilik yang luas yang boleh memuatkan katil bersaiz “ queen” di dalam bilik. Bukan itu saja, kami sediakan bilik mandi peribadi di dalam bilik.
Jadi ia “Aurat-Friendly”.

Bila bilik di tingkat bawah , jadi tidak perlu “atoknenek” yang dah berusia emas untuk penat naik tangga.

SEMUA BILIK ADA TANDAS PERIBADI

Ini supaya keluarga dan tetamu anda mudah terjaga auratnya.
Mereka tidak perlu lagi berkongsi bilik mandi , yang mana ia berisiko kepada situasi yang mengakibatkan aurat terdedah.

Sanak saudara dan tetamu anda juga mudah untuk menjaga aurat masing-masing.
Ideanya adalah semasa anak-anak bermain di rumah kelab , ketika masuk waktu solat , azan akan berkumandang dan mereka akan lihat pakcik makcik ke surau.

Bayangkan anak-anak anda hidup dalam suasana begitu. Maka sudah tentu mereka akan turut terdorong untuk selalu dan kerap ke masjid.

REKAAN RUMAH MODEN DAN EKSKLUSIF

Rumah di RaudhahVille adalah berdasarkan rekaan moden yang mengfokuskan kepada keluarga moden islam.

SAIZ RUMAH LUAS DAN SILING YANG TINGGI

Kami menawarkan Rumah 2 tingkat dan 3 tingkat berkeluasan dari 24x70 hingga 28x70.

Siling juga tinggi supaya anda tidak berasa lemas.

Bila anda masuk ke rumah contoh nanti , anda akan dapat merasakan betapa cukup luas rumah ini untuk anda dan seisi keluarga berkumpul.

Ideanya adalah semasa anak-anak bermain di rumah kelab , ketika masuk waktu solat , azan akan berkumandang dan mereka akan lihat pakcik makcik ke surau.

Bayangkan anak-anak anda hidup dalam suasana begitu. Maka sudah tentu mereka akan turut terdorong untuk selalu dan kerap ke masjid.

KONSEP RUMAH PINTAR “SMART-HOME APP”

Anda akan dapat mengawal elektrik di rumah anda hanya dengan menggunakan aplikasi di telefon pintar.
Sebagai contoh ketika hendak tidur , anda mahu tutup lampu di tingkat bawah, tapi sedang berasa penat dan agak malas.
Anda hanya perlu buka aplikasi khas , dan tutup elektrik di bawah.

Kami juga memberikan pakej
- 2x CCTV
- 4x Automation
- 2x Motion Sensor
- 1x Infrared Bblaster
- Percuma jalur lebar UNIFI berkelajuan 300Mbps selama 2 tahun. ( bernilai RM3600 )
- Percuma “maintainance fee” selama setahun. ( bernilai RM1200 )

TERLETAK DI SELANGOR CYBERVALLEY(SCV) , CYBERJAYA

Salah satu dari 11 bandar pintar di Malaysia yang dilengkapi dengan kemudahan pintar berteknologi tinggi dan internet berkelajuan tinggi.

Sudah tentu anda sentiasa kagum dengan betapa terancangnya Putrajaya.
Ya , anda akan jadi salah satu penduduk di dalam sebuah bandar pintar lagi terancang. Selangor Cybervalley adalah salah satu dari 11 Bandar Pintar di Malaysia yang berkeluasan 1300 ekar.

Nilai Gross Development Value ( GDV ) lebih dari RM16 Billion dengan 20 tahun “masterplan” .

Tanah dan rumah di sini dijangka akan menjadi sekurangnya 2 kali ganda nilainya dalam masa hanya 10 tahun. Memang berbaloi-baloi.

DEKAT DENGAN SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH.

- Sekolah Antarabangsa Brainy Bunch yang terdiri dari tadika,sekolah rendah dan menengah berkapasiti 2000 pelajar. (300 meter)

- SK Cyberjaya 2 (500 meter)

- SK Cyberjaya & SMK Cyberjaya (4km)

Kini anda dan anak tidak lagi perlu menempuh kesesakan hanya untuk sampai ke sekolah. Van nak hantar pun sekejap dah sampai ke rumah.

AKSES YANG MUDAH KE LEBUHRAYA UTAMA

Sangat mudah akses dengan 5 Lebuhraya utama iaitu NKVE , LDP , SKVE , ELITE dan MEX.

Bayangkan Lebuhraya ELITE hanya 2km sahaja dari rumah anda.

Jadi SENANG untuk anda dan pasangan keluar masuk dari rumah untuk ke tempat kerja dan sebagainya.

RUMAH KELAB

Dilengkapi dengan fasiliti seperti gimnasium asing lelaki dan wanita , kolam renang , perpustakaan mini , gelanggang badminton ,dewan serbaguna , dan “games room” , rumah kelab ini akan terletak bersebelahan dengan pusat komuniti islam.

Ideanya adalah semasa anak-anak bermain di rumah kelab , ketika masuk waktu solat , azan akan berkumandang dan mereka akan lihat pakcik makcik ke surau.

Bayangkan anak-anak anda hidup dalam suasana begitu. Maka sudah tentu mereka akan turut terdorong untuk selalu dan kerap ke masjid.

JALAN AKSES KE KAWASAN RUMAH TANPA TRAFFIC LIGHTS

Bayangkan saat dah nak sampai ke kawasan rumah , anda sangkut dengan traffic lights , demi traffic lights.

Perjalanan yang sepatutnya 5 minit , menjadi setengah jam. Hanya kerana sangkut di traffic lights semasa hendak pergi dan balik kerja. Dekat kawasan rumah je pun.

Dari Lebuhraya ELITE , anda hanya perlu lalui 2 roundabout bersaiz kecil , dengan jarak hanya 2km untuk sampai ke rumah.

A Little Of Our Story

We were simply born to paint pixels for a living

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts. A small river named Duden flows by their place and supplies it with the necessary regelialia

See Our Story
Our Company Values

Creator of quality designs and thinker of fresh ideas.

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts. A small river named Duden flows by their place and supplies it with the necessary regelialia

Raudhah City

Sebuah Aspirasi Melahirkan Suatu Bandar Dan Komuniti Yang Berteraskan Islam.

Cetusan Idea Yang Lahir Daripada Kebimbangan Seorang Bapa Yang Cintakan Anaknya Dan Tidak Mahu Mereka Dipengaruhi Unsur-Unsur Negatif Dalam Pergaulan Dan Pertuturan Seharian.

Fakta Raudhah City

  • Dibentangkan di World Economic Forum ( WIEF) London pada tahun 2013. Dirasmikan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin pada 6 April 2019
  • Berteraskan 4 Konsep Utama.
    Bandar Syariah-Compliant , Bandar Pintar ,
    Bandar Selamat dan Bandar Mesra Alam.
  • Masterplan bermula pada tahun 2017 dengan nilai pembangunan kasar(GDV) berjumlah 2.4 Bilion
  • Asas Insan yang duduk dalam bandar ini adalah mereka yang mahu berjaya di dunia demi mencapai kejayaan di akhirat.
    Berusaha mencapai target itu secara berjemaah.
  • Bandar contoh kepada satu dunia tentang praktis islam yang sebenar dalam sesebuah komuniti.

Raudhah City Sdn Bhd Akan Bertindak Sebagai “Caretaker” Kepada Kejiranan Dan Bandar Ini .
Kami Akan Bersama Anda Dalam Perjalanan Ini.
Sehinggalah Hingga Hari Pengakhiran Anda Muka Bumi Ini.

Dato’ Hushamudin


CHAIRMAN Raudhah City Sdn Bhd
– Pengasas dan Group CEO kepada Karangkraf Sdn Bhd
– Chairman Pengerusi TV Al Hijrah Sdn Bhd

“Raudhah City adalah salah satu tafsiran bagaimana al-Quran dapat membina sebuah masyarakat madani-satu komuniti yang mempunyai matlamat yang sama iaitu menjadikan al-Quran sebagai satu cara hidup.”

Tn Mohd Fadzil Hashim

CEO Raudhah City Sdn Bhd
Pengasas dan Group CEO kepada Brainy Bunch Group

“ Raudhah City dibina bagi mewujudkan persekitaran Islam yang terasnya adalah masyarakat yang mempunyai pengetahuan dan diterjemahkan kepada akhlak Islam. ”

Tn Syaraff al Sadat

Chief Development Officer Raudhah City Sdn Bhd
Ex VP Technology & Innovation Iskandar Investment Berhad nt Sdn Bhd

“ Raudhah City adalah bandar berteraskan Keamanan dan Kasih Sayang dengan 4 konsep iaitu Bandar Pintar , Bandar Selamat , Bandar Syariah-Compliant & Bandar Mesra-Alam “

AS SEEN ON

APA KATA PEMBELI ?

Apa yang membuatkan mereka pilih beli rumah baru di RaudhahVille , dan bukan tempat lain ?

Baca perkongsian pembeli yang dah rasa lega - sebab dah jumpa akhirnya rumah yang dicari selama ini.

KERJAYA : DOKTOR PERUBATAN & USAHAWAN

“ NAK KEJIRANAN YANG BAIK Di mana jiran kita yang sentiasa Mendekatkan diri kita dengan Allah ”

“ Kita pilih RaudhahVille untuk menetap secara terus insyaAllah,sebab apa kita rasa , kita nak kejiranan yang baik. Di mana jiran kita yang sentiasa ,
1. Mendekatkan diri kita dengan Allah SWT. Mengingatkan kita kepada Allah.
2. Dan juga kita dan anak-anak kita pun berasa selamat insyaAllah
3. Dan juga yang penting , dekat dengan sekolah dia . Brainy Bunch ”

Dr Mohd Ali , Pengasas dan Doktor di Klinik Siti

KERJAYA : USAHAWAN KORPORAT

“DI RAUDHAHVILLE DAPAT KOMUNITI YANG SESUAI. KOMUNITI NI SUSAH NAK DIBELI”

Ibubapa saya SESUAI duduk dengan saya. Kita pun sedang mencari sebenarnya KAWASAN YANG SESUAI UNTUK HIDUP BERSAMA. (Jadi di RaudhahVille ) , dapat komuniti yang sesuailah , dari sudut islamiknya , dari sudut kemelayuannya. Jadi , bila kita show unit kepada ibubapa saya , dia memang suka dan seronok.

AZMER BIN SURIA , Managing Director Al-Kauthar Kinematics Sdn Bhd.

KERJAYA : JURUTERA PROFESSIONAL

“Perumahan kat sini memang konsep yang kita nak. Dan EASY-ACCESS lah. Saya nak ke tempat kerja senang. Anak nak ke sekolah senang. Wife nak ke tempat kerja senang. Everything is more easy. ”

“ ENVIRONMENT & Konsep Islamik .
Di mana perumahan yang lain islamic environment kita initiate sendirilah. Mungkin tak dapat semua , mungkin dua tiga famili je. Tapi yang ni , titik tolak permulaannya adalah islamik. Jadi benda tu tak sukar untuk kita nak buat satu komuniti yang benar-benar kita nak. Dan untuk mendidik kita dan anak-anak. ”

Khairul Hasan,Jurutera di Syarikat Telekomunikasi di Shah Alam.

KERJAYA : USAHAWAN

“Berdekatan dengan sekolah. Dan kami selalu bekerja di luar , membuatkan kami agak risau bila kadang-kadang transportation untuk anak-anak. Selain itu kejiranan yang ada , yang mana kami dapat tahu yang mostly is muslim.”

Konsep dia and then dia punya neighbourhood. Rumah tu sangat strategik dia punya location , and then keduanya saya nampak apa dia punya planning untuk masa depan (Model) , dan dari segi dia punya struktur . Memang sesuai dengan anak saya yang ramai ni.

WAN FARHANA & AMBO BIN MOHD SALEH , ACE SMART SDN BHD

DAN RAMAI LAGI PEMBELI DARI PELBAGAI LATAR BELAKANG YANG TELAH LEGA DAN EXCITED SANGAT

SEBAB DAH JUMPA RUMAH YANG ADA SEMUA YANG MEREKA NAK SELAMA INI.